3 Perkara ‘Wajib’ Anda Perlu Lakukan Jika Anda Betul-Betul Serius Nak Turunkan Berat Badan

Jangan Lupa Untuk Share...

Assalamualaikum & salam sihat semua, apa khabar anda semua? Saya doakan anda senitasa berada dalam keadaan sihat sentiasa & bahagia bersama keluarga masing-masing.

Anda nak turunkan berat badan tahun ni? Serius ke? Dah buat persiapan dari segi fizikal & mental? Cuba anda tanya soalan kat bawah ni pada diri sendiri..

1/ Sanggup tak aku tinggalkan makanan feveret aku semata-mata nak diet?
2/ Sanggup tak aku sibukkan hari cuti aku dengan aktiviti beriadah atau sukan?
3/ Sanggup tak aku ubah gaya kehidupan seharian aku dari malas kepada lebih berdisiplin?

Cuba anda tanya diri sendiri, anda dah ready ke untuk semua di atas? itu baru saya senarikan 3 perkara je, sebenarnya banyak lagi, tapi malas nak tulis panjang-panjag, lenguh jari, alaaaa lagipon bukannya anda baca pon kalau saya tulis panjang-panjang kan? Huhuhuh.

Okay kat bawah ni saya ada ringkaskan 3 Perkara ‘Wajib’ Anda Perlu Lakukan Jika Anda Betul-Betul Serius Nak Turunkan Berat Badan.
Jom baca….

#1 Wajib minum banyak air suam

Adalah sangat-sangat penting sekali anda mesti kena minum air banyak kalau nak turunkan berat badan, 1 botol mineral besar lebih kurang 1.5 liter.

Kuantiti pengambilan air yang disyorkan minimum ialah 3 liter sehari, lebih kurang 2 botol mineral besar setiap hari, tapi takkan anda boleh minum sehari 3 liter air je? Common la, kalau anda minum air suam lagi banyak lagi bagus, banyak manfaat yang anda akan dapat.

So lepas ni pastikan bawa botol air ke mana-mana.

#2 Wajib keluarkan peluh

Ada yang kata nak turunkan berat badan tapi taknak bersukan taknak keluarkan peluh, nak diet je. Boleh ke cara macam ni?

Ok sebenarnya cara di atas pon boleh turunkan berat badan, tapi anda perlu ingat anda nak kurus dalam tempoh masa yang lama atau singkat? Anda nak kurus dalam keadaan sihat atau tak?

Jadi nak taknak anda perlu keluarkan peluh, ala kalau tak dapat bersukan seminggu 3 kali pon,seminggu sekali pon dah cukup la, asalkan keluar peluh.

Bila kita keluarkan peluh,badan kita akan mengeluarkan toksik yang tak baik, jadi badan kita akan jadi lebih sihat.

#3 Wajib kurangkan pengambilan karbohidrat

Ini perkara yang perlu anda ambil beratkan, ramai orang kita salah faham bila nak turunkan berat badan kena kurangkan pengambilan ‘lemak’, haaa itu informasi yang salah ye.

Badan kita masih perlukan ‘Lemak’ untuk bakar lemak. Haaaa? Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

Tapi anda perlu ingat, ‘Lemak’ yang dimaksudkan ialah ‘Lemak’ yang baik seperti dari kekacang & sebagainya.

So apa yang perlu saya kurangkan sebenarnya?

Yang perlu anda kurangkan sebenarnya ialah ‘Karbohidrat’

Apa yang akan berlaku bila anda ambil kuantiti ‘Karbohidrat’ yang terlalu banyak? ‘Karbohidrat’ yang berlebihan akan disimpan oleh badan & dijadikan lemak.

Jadi sebab itulah kita perlu kurangkan pengambilan ‘Karbohidrat’ kalau betul-betul nak kurus.

Ok setakat ini dulu perkongsian dari saya, Insyallah di masa akan datang saya akan share lebih banyak lagi Tips.

Jika anda mempunyai soalan, boleh tanya di ruangan di bawah ye. Nanti saya akan jawab.

ANDA SENTIASA INGINKAN 'TIPS' TERBARU DARI KAMI?
Anda serius nak lakukan perubahan pada diri anda? Jom dapatkan Tips & Panduan mengenai cara bagaimana anda boleh dapatkan bentuk tubuh badan yang anda impikan & cara diet yang berkesan secara percuma sahaja.
Kami bencikan SPAM. Jangan risau maklumat anda selamat dengan kami.